Monday, April 23, 2012

kejadian yg berlaku disebabkan sekeping gambar,


tengok. tengok gambar tu. tengok betul2. sebab gambar tu lah aku mimpi zombie semalam. tapi tak boleh blah zombie pakai telekung. HEWHEWHEW.

bila dah bangun, sempat lagi aku pikir cane nak selamatkan diri sebab mase tu aku sorang2 kat tingkat atas satu bangunan tinggi dan aku pikir kla nak turun ikut tangga, kene lalu dpn zombie2 tu dan aku nampak zombie tu tgh main ski guna mop. boleh ke macam tu? dan aku dapa idea utk panjat tingkap dan lari atas bumbung dan lompat dari satu bangunan ke satu bangunan tanpa memikirkan risiko jatuh ke tanah dan mati dan seterusnya aku yg jadi zombie. tapi aku tak sempat nak memimpikan idea aku tu memandangkan adalah satu yg gila utk aku tidur balik selepas mendapati bahawa aku akan periksa minggu depan. yeyeah!

dalam mimpi tu jugak lah ade part best. part yg sho shweeettttyeeeettyeeetttetetetett. hadoih! boleh pulak diselit2 kan. aku harap, korang mimpi jugak sama macam aku malam ni.

Sunday, April 22, 2012

pengajaran kepada semua.

hehe .

aku agak2 ade la dua tiga orang rindu aku. hehe.
i bukan sengaja you. i bnyak keje. awww

semalam aku pegi jalan2 ngn ehem2 aku. hehe. best siot! kitorang pegi bertiga bukan sebab nak elak dosa couple2 bagai (nak elak dosa kebendenye kla ktorang tiga2 pmpuan. HARHARHAR) tapi sebab kitorang bertiga dah lama rancang nak jumpa. so, semalam jumpa lah. pegi jalan2 kat mall besa. best tu mmg best tp aku bagi can diorang bergembira sebab mgkin ade la mse utk aku lak kan. kdg2 susah sket nak bergembira bertiga. msti ade salah sorang yg dipinggirkan, dan selalunya orang tu adalah aku :( . pastu gerak pegi jalan thor. orang kelate jadi tour guide orang key el pusing key el . haha. tapi yg peliknye, org yg first time datang, takdenye eksaited tapi yg dah datang pulak yg eksaited. aku dah rimas dah dgn orang2 ramai kt situ. bila nk lengang nye aku tak tau . pusing2 tengok2 makanan BANYAKKKKKK gila tapi aku tak terasa pun nak makan sebab nafsu aku dah penat . aku dah bloated gilaaaa.


jalan2 punya jalan, ade la sket2 drama2 aku hilangkan diri lari dari diorang konon2nye pastu main2 kejar2 kat situ (okay yg ni tipu sbb saje nak bagi sedap cerita). jumpa satu gerai jual baju 20sehelai 30duahelai. kitoang beli masing2 sehelai. aku mula2 taknak tapi nak jugak mengikuti perkembangan diorang, jatuh hati pulak nak beli dan paling best, dia yg pilihkan. hehe. bestnye. pusing2 pusing2 pusing2 tiba2 kawan aku cari2 hphone dia. alamak, hilang. aku syak orang pow. takdenye nak jatuh2. kla jatuh confirm bunyi dan nampak sebab keychain dia besau gilewwww.


hphone dia, dia letak mcm kat arrow tu


mmg senang la nk kene pow tapi gila la aku tiba2 nak marah dia kan. lagipun ade sebab dia letak situ. kitorang pusing balik dan cari2 tapi tak jumpa. muka dia dah merah dah. aku dah get ready utk menyambut dia. jalan2 tiba2 dia dah tak tahan , nanges dpn kedai baju. aku perasan abg tu mcm gelisah je kitorang buat drama melayu setiap ahad jam 3ptg di tv2 tapi nak buat cane. dia dah tak tahan menanggung kesedihan kot. takleh postpone2 mcm bayar ptptn dah. langsai kat situ terus. tapi tak langsai pun lagi. sebab aku ajak dia pegi masjid bagi dia duduk kat masjid. aku percaya dan yakin masjid adalah tempat yg plg sejuk di muka bumi. sebab tu aku bawa dia pegi sana bukan bawak pegi kelab malam . kelab malam tu sejuk jugak tapi boleh diistilahkan sebagai neraka paling sejuk la.

dia nanges gila2 kat situ sampai ade sorang sister tu datang, tanye hilang purse ke dik pastu jawab la hilang hphone pstu dia blah pastu dia cerita kat kawan dia. aku suruh dia masuk masjid dan rehat sementara lagi baki kitorang berdua pegi cari. aku mcm dah putus harapan jugak la tapi aku yakin yg kla hphone tu masih rezeki dia, mesti ada lagi . sambil jalan2 stres2 tu ade la yg best2 happy2. hehe . awww. bestnyeeeee! aku harap yg wlupun tak jumpa hphone, sekurang2nye bagi la jmpa keychain dia. tapi tak jumpa jugak. sedih gila. dalam sedih2 tu, sempat gak aku perabih 20 30 ringgit. haih!

pastu dah malam sangat dan tak elok lah kan wanita2 muda masih berjalan2 terhuyung hayang dalam keramaian orang, kitorang pun balik. haih. penat nak cerita. sebab ni cerita betul dan aku kurang reti nak cerita bende betul. kla aku reka mmg dah tersasar dari landasan.

lastnye, kitorang balik lah tapi terpisah. diorang berdua balik same, aku balik sorang. wuuuuu. dah la dipinggirkan, kene balik sorang2. wuuu sedih gile.

aku nak bagi pengajaran je kat sini.

first, hphone kla bukan kat tangan, jangan letak kat tempat kau senang capai sebab orang lain pun akan senang capai jugak. aku letak dalam poket. kadang2 tu susah jugak nak capai sebab kene raba2 dulu dan kadang2 tangan aku calar balar sebab poket tu ade zip. protection beb protection. haha.

seken, ade first je. sebab aku tak tau nak bagi nasihat ape dah. haha

ohya, lagi satu, kla korang tgh buat assignment ke keje gune software2, setiap lima minit pl koman, korang save. lagi elok kla setiap seminit. ni sebab protection. tiba2 kla lptop ke pc kau saje pengsan, mati kau. kla dah save, dia mati pun senang hati je nak on balik . kan kan kan.



sebenarnye mood aku dah spoil sebab bnyk bende. korang mgkin tak perasan tapi aku perasan tibe2 je cerita aku jadi tak sedap dan aku jadi tak tau nak bagi nasihat ape.


tadi kwn aku jumpa gambar ni. auuwwww. soooo smeweeetteeetttweeetweetweet



comel kan? geram aku nak geletek.

Saturday, January 21, 2012

great addict

hehe. berkurun tak masuk sini. i give you

1. malas
2. ilham tak masuk
3. imaginasi terlalu mengarut kebelakangan ni
4. sibuk
5. wifi laju sangat sampai tak tau nak browse ape
6. cc dekat mahallah (asrama) dah lesap wlupun aku sbnrnya pegi cc sbb nak print takpun lepak2 je
7. sibuk lagi sekali
8. culture shock
9. dah pandai tidur ikut jadual waktu tapi fail bila weekend sampai
10. kempunan nak drive. teringin nak rasa bengang bila stuck dalam jam.

reasons i can't log in here. hoho

semalam pegi . ahhh. rindu gilaaaaaaaaaaaaa.

sebenarnya aku teringin nak pegi beli kasut tapi bila check2 duit cukup2 utk aku rasa makanan cafe yg mahal 20 30 sen dari biase, aku jadi diam dan tercongok seorang diri kat kl sentral di tengah2 orang ramai lalu lalang langgar2 aku. cehh. ingat aku takde duit ke main langgar2 hah? aku dapat duit 10 sen baru tadi tahu tak?

belakangan ni aku agak sakit lah kan. belakang, kepala, kaki, kla ikutkan, sume je la sakitnye. hati pun sakit jugak tapi badan lagi sakit. harap2 tak ada bende boleh halang aku dapat apa aku nak. aku nak berjaya. setiap malam sebelum tido aku selalu ingatkan diri sendiri utk berimaginasi bende2 yg mampu merangsang aku berusaha mencapai kejayaan tapi yela kan . godaan dunia yang hebat , aku tak mampu melawan utk pikir pasal bende lain. tapi sekurang2nya aku mampu kaitkan imaginasi aku dengan subjek bio aku belajar. hoho.

hari tu aku ajar kawan aku bio. tajuk photosynthesis. disebabkan aku susah nak ajar orang straight to the point, aku reka cerita tapi berkait ngn tajuk la kan tapi tu la, penceritaan aku menyebabkan kitorang belajar tak sampai sejam pun tapi ketawa sampai kering gusi aku memakan masa hampir 2jam . gelak je dah 2 jam. habis hilang ilmu2 kami.


disebabkan biologi ni satu subjek yang agak susah utk aku bagi stick dengan aku 12 jam (lagi 12 jam masa aku tidur dan aktiviti2 tak berguna yg lain2) [nak lekat 2jam pun kemain aku lawan nafsu] aku reka cerita2 dan watak2 dan kepala aku dan aku kaitkan dengan biologi. so, bila2 masa dan dimana sahaja aku boleh play, pause, stop, skip, rewind, replay, edit dan macam2 lagi tanpa perlu aku bawak buku. tu je yang aku ketagih nak buat. tapi pada waktu ini, saat ini, aku ketagih tengok cerita sebab CUTI. cuti punya pasal. ARGHHHHHHHHH!!!

boleh tak jangan cakap weekend tu cuti sebab perkataan tu yang buatkan aku kembali jadi aku yang dulu. taknak ah camtu . sekurang2nya weekend tu jgn panggil weekend dah. weekfinish ke, aku taknak gak. dan kla buat kalendar, tang weekend tu, jangan mengada guna kaler lain . buat same kaler je ngn hari2 lain .

* nak letak gambar kalendar tapi bila cari2 takde pulak yg week**d (dah tak mampu taip perkataan tu dah) tu guna kaler lain. pfttt. huh. buat aku bengang je .
** bila baca balik, perkataan imaginasi tu sangat macam auwww, jadi, kla baca, tukar lah perkataan imaginasi tu dengan lamunan ke, mengelamun ke, bunyi mcm suci sket. aku malas nak tukar.