Wednesday, November 23, 2011

impian kanak kanak

its been truly long i didnt have new post for bout a week i guess. having little problem sometime makes the world spins even faster. duhh. teringin nak jadi kanak kanak balik. main main ngn kawan kawan. tak pernah takut untuk mencuba. makin dilarang, makin teringin nak tahu kenapa larang. haha. kids are really cute [then i used to be cute too :P ]. when i was a small girl, i wondered what im gonna be when im have grown up. is there something interesting that i will do? i always wish that im gonna have a great grown up life.

everything happens very fast . i almost forgot everything that i have thought before. my wish . kadang2 aku benci untuk bersosial [i mean sosializing; mingling not 'so sial' ] i like blaming people when something bad happen to me. i feel like the whole world had left me all alone . kenapa? sbb aku tak ada selfconfidence.

life is like a candle light. it will enlighten the dark and vanish slowly and quietly until someone realize that it has gone.


aku dalam mood nak jadi budak budak balik :(


specially for you. rewind your-kid-life and smile :)






credit to all my old, current and will-be friends :)





jom tengok kpop korea 2pm !!!!
nak tau tak sape jadi twistiesSuperstarz?


nak join churpchurp?

Monday, November 7, 2011

iklan iklan iklan

assalamualaikum.

hai korang. hee . hari ni aku nak beriklan jap.

PTS sebuah syarikat buku2 ade anjurkan pertandingan. moh bongkar kod rahsia. beli buku yang ade logo "bongkar kod rahsia" pastu daftar kt PTS online pastu buleh main game sampai kencing @ muntah. pastu berpeluang dapat hadiah yobb. ade iPad 2, Samsung Galaxy Ace, iPod Touch, mp3 player, serta merchandise PTS! wohoooo. best gilak. kla aku dapat, mau terkencing aku. haha.

aku rase PTS anjurkan pertandingan camni utk galakkan orang membaca. beli buku dan baca. bukan beli buku buat penuhkan rak buku je . bagus kan. untung2 dapat hadiah lagi. wooo. bahagio den.

tapi korang dah bace belog aku ni, kira rajin membaca dah tu kan kan? alalala rajinnyeew nyah. auww. haha.

pape pun kla korang berminat nak join ptandingan PTS, klik "BONGKAR KOD RAHSIA".

nuffnang ad.

aku baru je join nuffnang. nak cari duit lebih konon konon. haha.

kla ade rezeki, tak kemana jugak pemberian tuhan kan?

aku ade jugak terai churp2 .(kla nak tau ape churp2, tekan neh. ) ade la 20 30 sen aku dapat. usaha lebih sket, dapat la sket lagi kot. tak usaha, tak de makna. ye tak?


p/s makcik tua : kau nak buat ape cari duit hah? elaun dah dapat. tak cukup lagi? setting niat tu betul2. nak cari duit bukan utk suka suka tapi pastikan guna duit utk bende yg baik. baik utk diri sendiri dan orang lain jugak.

Wednesday, November 2, 2011

warkah dari mami kepada juan pablo .

warkah ni bahasa mexico. pastu aku translate kan supaya senang untuk tatapan pembaca


















salam sejahtera wahai anak mudaku juan pablo a.k.a. boboy .

mami di sini sihat sejahtera dan bahagia selalu kerana ketiadaan kamu disisi mami. terima kasih . mami tahu kamu marah mami sebab mami tak restu kamu bercinta dengan gadis bibir sampan tu sebab mami mabuk laut. bila mami tengok muka dia, mami terus mabuk laut. mami sudah tak mampu untuk menahan dan menanggung kesakitan bermabuk mabuk macam ini lagi. tu bukan sebab mami tak bagi kamu bercinta dengan dia. itu hanya sekadar alasan sahaja.

mami bukan suruh kamu putus dengan dia dan cari yang lain. tapi mami nak kamu putus dengan dia dan jangan bercinta dah . kamu masih muda, boboy. too young. eceh! mami speaking gitu. kamu punya masa masih panjang untuk memikirkan cintan cintun itu semua bagai. mami bukan mahu mengongkong kamu. mami ada sebab tidak membenarkan kamu bercinta wahai boboyku sayang.

dear boboy,

berikut merupakan sebab mami tak bagi kamu bercinta :

1) kamu belum matang. setakat bulu ketiak tak tumbuh lagi, cinta kamu hanya layak untuk mami seorang.

2) kamu sekolah. kamu masih belajar. belajar itu penting wahai boboy. mami takut kamu hanyut dengan cinta mu itu. tambah tambah lagi kamu bercinta dengan sampan macam tu, dia bawak kamu lari ke laut, susah la mami.

3) kamu tahu cinta itu boleh membawa kamu ke jurang kema'siatan. nanti kamu buat ma'siat, kesian lah pada diri mu nanti diseksa tuhan. mami sedih tau.

4) kamu pasti akan menghabiskan duit yang banyak untuk memenangi hati cinta kamu. duit mami bagi untuk kamu sebagai belanja makan dan simpan sebagai bekalan masa hadapan. nanti tak payah apply ptptn. tapi kamu, kamu gunakan duit mami tu untuk belanja si dia? dia siapa padamu wahai boboy? mami ini apa? cop duit? go to h*ll.

5) kamu tak balas mesej mami sebab kamu sibuk bermesej mesej dengan si dia. tak pentingkah mami pada mu wahai boboy?

6) setiap hari mami fikir nak masak apa untuk mu supaya kamu makan dengan selesa dan kenyang perutmu supaya kamu tak jatuh sakit dan tidak menghabiskan duit mami untuk beli ubat kamu. tapi kamu bila balik dari dating dating (geli la mami) kamu katakan kamu sudah kenyang. yaa. memangla kenyang sebab dalam perahu ada pisang emas. (dalam pantun pisang emas dibawa belayar) mami tahu mami masak tak seberapa nak dibandingkan pisang emas kesayangan kamu tapi segala air dari mami (air tangan) mami letak dalam masakan tu untuk kamu wahai boboy. air itulah yang berkat wahai boboy.

7) mami tahu kamu bercinta dengan dia bukan untuk kahwin dengan dia . kan kan kan? mami tak nak kamu memainkan perasaan kamu dan budak sampan tu serta bakal mangsa mangsa kamu nanti. nanti suatu hari nanti tuhan akan balas perbuatanmu itu wahai anakku . mami tak nak laa macam tu.

8) kamu nak bercinta tapi penakut. pondan ye anak mami ni. bercinta tapi nak sembunyi sembunyi ye. block mami dalam facebook ye. kalau betul kamu jantan, tunjukkanlah keberanianmu itu. mami tak nak anak mami jadi pondan. mami nak anak mami tough dan segak bergaya.

9) kamu marah mami sebab mami kutuk buah hati [busuk berkulat] kamu tu? yang kamu pegi bercinta cinta dengan dia seolah olah kamu hina mami dengan membelakangkan mami yang mengandungkan kamu dan membesarkan kamu selama ini. jahanam punya anak. kau balik annti siap la aku lempang.

10) wahai anakku juan pablo a.k.a boboy, sesungguhnya mami cemburu dengan orang yang kamu cintai itu. kamu sentiasa ada masa untuk kamu luangkan dengan dia. tapi dengan mami kamu selalu merengus dan menghempas pintu. itu lah aktiviti kamu kalau bersama mami. kamu begitu lembut berkata kata dengan orang kamu cintai itu tapi bila dengan mami kamu tinggikan suara bila mami nasihat kamu. kau sentiasa tersenyum melihat orang yang kamu cintai tapi bila kamu tengok mami, kamu palingkan muka. kamu suka sebut i love you, i miss you, i heart you, i cant live without you bla bla bla tapi bila mami nak bercakap dengan kamu, kamu kata mami nak start membebel. pilunya hati mami. kalau tak ada mami, kamu tak akan pernah wujud dalam dunia ni . ingat itu wahai boboy.

sekadar itulah warkah mami buat kamu. akhir kata mami, kamu fikir lah masak masak. mami sudah tak mampu berbuat apa apa lagi. kamu terlalu babil (bukan babi ye). kalau kamu nak kahwin, bagitahu mami. mami akan carikan seorang yang cantik , sangat cantik. tak de sampan sampan segala bagai ni. mami janji. mami berharap kamu berubah menjadi baik dan lebih baik.

chiao~






fuhh. letih gila translate. makcik tu tulis guna bahasa pasar . letih aku nak translate. sadis gila hidup makcik tu. kla si juan pablo a.k.a boboy tu adik aku, dah lama aku pelangkung kepala dia. okay lah. aku nak rehat . letih kott translate. kesimpulannya, amek lah pengajaran dalam warkah ni.
baibai.


pesanan makcik tua : kehkehkeh. kesian rakan sebaya mexico makcik tu. anak anak patutnya jadi penyejuk mata, hati, perut tapi jadi lain pulak. aduhh. kesian kesian.