Sunday, October 30, 2011

sampah sarap dan rakyat serta makcik tua

assalamualaikum pembuka bicara.
dah lama xbagi salam kat entri punya pembuka.
ni, aku dah bagi salam harap2 korang jawab la yaa.

comel tak pantun 3 kerat aku? haha.








tong2 sampah nga buat meeting tgempar sambil2 berjemur dengan harapan dapat sunburn.







tadi aku jalan2 . pastu lalu belakang mall sbb jam teruk crazy. pastu aku nampak ape yang mata aku nampak. satu tong sampah kecik yg penuh dengan sampah yg melimpah2 yg berair dan busuk dan kotor dan membawa penyakit dan membazirkan dan mencemarkan alam sekitar dan merosakkan sistem paru paru aku .

dalam hati aku kate, ohh hell sugar banyak crazy sampah. pastu aku diam sbb aku ternampak kat belakang tong tu ade sorang mkcik nga kemas kawasan keliling sampah tu.





bila negara ni nak aman dari sampah sarap?




bila rakyat negara ni nak pandai berjimat cermat bab2 sampah sarap neh?




ada tak orang nak terima idea aku bila aku kate seorang rakyat hanya dibenarkan membuang sampah tidak melebihi 2kg seminggu pada hari biasa(maksudnye kla orang tu nk berpindah ke ape ke xpela la dia buang lebih). SEORANG 2KG SEMINGGU . kla lebih, denda la ikut suka hati nak denda ape. ada tak?

kita hidup kat negara yg lembap(bukan lembab) dan panas . maksudnye bende akan mudah busuk sebab humidity tinggi. orang pun cepat busuk gak. cuba korang amek baju lembap(bukan lembab) , korang gumpal2 pastu tinggal je camtu utk bape hari. bila rase rindu baju tu, cuba bau baju tu bau ape. best tau bau dia. nama bau tu namanye , HAPAK. sampah pun mcm tu jugak. lagi best kla yg dah berair2 . fuhhh.. menyelerakan gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........... lagi kaw kla yg dah berulat2. mmg extramarvellous. haha


aku pun skrng nga berusaha utk mengurangkan sampah2 dalam rumah aku . caranya? aku suruh adik aku bawak kulit2 gula2 pegi buang kat sekolah. haha


tu je aku nak bagitau. pasal sampah. aku suka cerita bende2 kotor kan. hari tu pasal taik. haha.


terima kasih sbb sudi bace. oh ya, aku ade pesanan . makcik tua pesan. dah lama makcik tua xberpesan2 . biase la dah tua, xlarat nak mengorder.


makcik tua cakap : wahai anak2 muda sekalian. ingatlah pesanan makcik neh. jagalah hati dan perasaan kawan2 anak2 sekalian. dalam hidup anak2, tak adalah yang paling penting(yang pertama allah, nabi muhammad, mak ayah, ahli keluarga, jiran tetangga) selain kawan2 dalam hidup anak2. ingat lah anak2. kawan2 itu umpama kuku. tak kesah lah kuku kaki ke kuku tangan. yang penting kuku. walau kita potong pendek mana pun , dia tetap tumbuh utk melindungi jari kita. potong lah macam orang gila pun , dia tetap akan tumbuh dan tumbuh dan tumbuh dan tumbuh dan tumbuh dan tumbuh dan tumbuh dan dan dan seterusnya.. (jangan pulak sengaja nak g kerat jari tu kla tak mmg anak2 ni tak sayang kawan la. makcik taknak kawan ngan anak2. )
wahai anak2 sekalian, walaupun anak2 ada buah hati ke buah jantung ke buah rambutan ke buah mata kucing ke buah jambu ke buah bidara ke ingat lah kawan2 sentiasa sediakan ruang dalam hati dia untuk anak2. bukan setakat sedia camtu je, ade perabut, dapur, bilik air, bilik tidur siap ngn masterroom lagi, ruang tamu dan garaj kereta incase anak2 dah ade kereta. jangan lah anak2 dibutakan dengan cinta dan kasih sayang dari orang lain . nak bersayang2 tu boleh, go on lah tapi ingatkan batasan dan hadnye. kla dah sampai melawan mak ayah, meletakkan kesalahan sendiri kat orang lain, meh makcik sepuk ngan kasut.
ingatlah anak2sekalian , walaupun ada kawan2 yang jahat, tapi tetap ada kawan2 yg sentiasa meletakkan anak2 dalam hati dan ingatan mereka. makcik nak nanges. wuuu. rindu kawan2. rasanya cukuplah sini aje lah pesanan makcik. uhuk uhuk uhuk. makcik dah batuk dah. banyak sangat bercakap . makcik doakan semoga anak2 sentiasa dalam rahmat Allah dan sentiasa dalam kejayaan. amiin . baibai

aku : cis. panjang pulak ea makcik neh. tak padan ngn tua.
makcik tua : amboi. sedapnye marah makcik. yela2 . delete laaa pesanan makcik . huhu
aku : eh eh. tak tak. alala. makcik marah dah. alaa bucuk bucuk. hee
makcik tua : huh. merajuk kam.
aku : hah. jangan merajuk. dah penutup dah ni. malas dah nak menaip.


p/s : gambar ni makcik amek kat intarnet-menatang-hape-tak-gheti-aku-nak-sebut. ni orang kata "serlahkan kesengalanmu" .

No comments: